26 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 16, 2024

KPT cari kaedah terbaik selesaikan isu liputan internet di kampus

Mesti Baca

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) sedang mengkaji kaedah terbaik bagi menyelesaikan isu liputan internet (WiFi) di seluruh kampus universiti awam.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, isu tersebut telah mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan perkara itu diberi perhatian.

“Saya sendiri telah berjumpa dengan pihan MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) dan mereka juga akan mengambil tindakan segera untuk isu ini.

“Insya-Allah kita mahukan kondisi kampus yang benar-benar memberi persekitaran terbaik kepada pelajar untuk belajar dan memberi fokus kepada pelajaran mereka,” katanya hari ini.

Sebelum itu Zambry singgah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pulau Pinang dan mengadakan pertemuan dengan para pelajar di kampus tersebut.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Prof Dr Mohd Sazili Shahibi.

Advertisements

Beliau berkata, dalam pertemuan tersebut para pelajar terbabit telah menimbulkan beberapa isu yang memerlukan penyelesaian segera antaranya isu liputan internet, dobi dan laluan berbumbung untuk ke kelas.

Katanya, lebih 120 pelajar dan staf hadir dan beliau telah berkongsi amanat-amanat dengan mereka bagi mengelakkan wujudnya jarak yang besar dengan warga kampus.

Zambry berkata, pertemuan tersebut adalah salah satu pendekatan 3P iaitu Padang, Perasaan dan Penyelesaian yang diterapkan beliau kepada KPT bagi memahami denyut nadi serta cakna keperluan segenap warga institusi pendidikan tinggi (IPT).

“Pelaksanaan konsep 3P itu telah diperkenalkan melalui Program Semarak Kampus Madani bermula Mac lalu dan bermula dengan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), saya akan pergi ke IPT di setiap negeri dan melakukan pelbagai pengisian termasuk menginap di asrama, berdialog dan lain-lain lagi.

“Baik pelajar, pensyarah mahupun pentadbir, saya akan santuni dengan cara turun padang, bagi memahami perasaan mereka yang memerlukan, dan seterusnya mencari penyelesaian tuntas supaya proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berjalan dengan lancar,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Penjawat awam ditahan buat buat komen jelik 3R di Tiktok

SEORANG penjawat awam ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung komen jelik melibatkan 3R (agama, bangsa dan raja) yang...

Lagi Artikel Berkaitan