26.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 14, 2024

Hampir seluruh negara dijangka alami cuaca buruk petang ini

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di seluruh negara kecuali Negeri Sembilan dan Melaka yang dijangka akan berlaku sehingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan di Facebooknya berkata, penduduk di seluruh kawasan terlibat dinasihatkan untuk terus berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga ekoran amaran ribut petir pada petang ini.

“Di Perlis, Pulau Pinang, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kesemua kawasan di negeri itu bakal alami ribut petir serta hujan lebat.

“Di Kedah kawasan pula yang terlibat adalah Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu

“Sementara itu, amaran sama turut dikeluarkan di kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim di negeri Perak,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, kawasan yang dijangka dilanda ribut petir di Kelantan adalah di Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang manakala di Pahang pula, kawasan terlibat adalah di Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Advertisements

“Keadaan cuaca buruk juga diramalkan berlaku di negeri Selangor melibatkan kawasan di Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat manakala di Johor, melibatkan kawasan di Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” ujarnya.

Manakala bagi Sarawak ramalan sama membabitkan kawasan Kuching, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau)

“Di Sabah kawasan terlibat Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kota Marudu).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata kenyataan itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Jelajah Dunia Akhir BWF: Tang Jie-Ee Wei cipta sejarah

CHEN Tan Jie-Toh Ee Wei mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi beregu campuran pertama negara beraksi di final Jelajah Dunia...

Lagi Artikel Berkaitan