32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Cuaca buruk di beberapa negeri malam ini

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah pada malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, cuaca buruk bagi negeri yang terlibat dijangka berlaku sehingga pukul 7 malam ini.

“Di Melaka, kesemua kawasan di negeri itu bakal alami ribut petir serta hujan lebat manakala di Kedah kawasan yang terlibat adalah Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Di Perak pula, kawasan yang terlibat adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta dan Hilir Perak,” kata kenyataan itu.

Advertisements

Tambah kenyataan itu, kawasan yang dijangka dilanda ribut petir di Kelantan adalah di Gua Musang manakala di Pahang pula, kawasan terlibat adalah di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran dan Bera.

“Keadaan cuaca buruk juga diramalkan berlaku di Negeri Sembilan membabitkan kawasan Rembau dan Tampin,” ujarnya.

Selain itu, bagi kawasan di Johor melibatkan Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian, manakala di Sarawak melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong (Pusa dan Betong), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

Keadaan cuaca buruk juga diramal berlaku di Sabah, melibatkan kawasan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Raja Permaisuri santuni keluarga mangsa nahas helikopter

RAJA Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat melawat keluarga Pegawai Taktikal Udara Skuadron 503, Allahyarham Lefternan Komander Mohammad...

Lagi Artikel Berkaitan