30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

2 lelaki ditahan terlibat proses ketum di ladang kelapa sawit

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DUA lelaki yang disyaki memproses ketum pondok kecil di ladang kelapa sawit ditahan pihak polis dalam serbuan di Kampung Balik Bukit, Lunas dekat Kulim, Kedah, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supritenden Mohd. Redzuan Salleh berkata, dua lelaki itu yang berusia 39 dan 27 tahun ditahan dalam serbuan Op Tapis khas dijalankan kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

Katanya, sebanyak 165,000 mililiter (Ml) air rebusan ketum bernilai kira-kira RM1,650 dirampas dalam serbuan itu.

“Selain itu pihak kami turut merampas 38 guni berisi daun ketum seberat kira-kira 190 kilogram bernilai RM1,900.

“Beberapa barangan lain turut dirampas antaranya dua periuk besar, dua tong gas, satu jag besar, senduk besi, dua dapur memasak dan satu penapis air,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kedua-dua lelaki yang ditahan memiliki rekod lampau berkaitan akta racun dan akta dadah berbahaya (ADB).

“Mereka direman selama empat hari bermula hari ini.

“Siasatan lanjut kini dijalankan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang mana jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali,”katanya.-Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan