31.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Hampir seluruh negara dijangka alami cuaca buruk petang ini

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di seluruh negara kecuali negeri Pulau Pinang yang dijangka akan berlaku sehingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan di Facebooknya berkata, penduduk di seluruh kawasan terlibat dinasihatkan untuk terus berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga ekoran amaran ribut petir pada malam ini.

“Di Perlis, Terengganu, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka dan Labuan kesemua kawasan di negeri itu bakal alami ribut petir serta hujan lebat.

“Di Kedah kawasan pula yang terlibat adalah Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Sementara itu, amaran sama turut dikeluarkan di kawasan Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Kampar, Bagan Datuk, Batang Padang dan Mualim di negeri Perak,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, kawasan yang dijangka dilanda ribut petir di Kelantan adalah di Jeli, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai manakala di Negeri Sembilan pula, kawasan terlibat adalah di Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau.

“Keadaan cuaca buruk juga diramalkan berlaku di negeri Pahang melibatkan kawasan di Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin

Advertisements

manakala di Selangor, melibatkan kawasan di Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang,” ujarnya.

“Bagi negeri Johor pula, cuaca buruk diramal berlaku di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Pontian,” jelasnya.

Manakala bagi Sabah kawasan terlibat Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat.

“Ramalan sama dijangka berlaku di negeri Sarawak membabitkan kawadan Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song), Miri (Marudi) dan Limbang,” katanya lagi.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” tambahnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan