Thursday, June 4, 2026

Tragedi Batang Kali: Hujan lebat faktor kejadian tanah runtuh

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HASIL analisis forensik mendapati kejadian hujan merupakan faktor utama berlakunya tragedi tanah runtuh di Batang Kali pada 16 Disember 2022.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, daripada analisis terbabit mendapati akibat daripada kombinasi jumlah hujan major (Major Rainfall Kumulatif) bagi tempoh lima hari dan hujan Anteseden (Anteseden Rainfall) kumulatif 30 hari sebelum runtuhan berlaku yang mana masing-masing 118.6 milimeter (mm) dan 444.8 mm.

“Hujan yang lebat ini telah menyebabkan kegagalan cerun sehingga mengakibatkan tapak perkhemahan meliputi Kawasan Hill View, Farm View dan River Side tertimbus dengan sisa runtuhan tanah sehingga menyebabkan kerosakkan harta benda dan kehilangan nyawa.

“Siasatan tidak menemui bukti kukuh menunjukkan aktiviti antropogenik sebagai antara faktor penyumbang kepada kejadian tanah runtuh ini,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata, laporan forensik yang disediakan oleh Jawatankuasa
Kumpulan Kerja Tanah Runtuh (JKKTR) itu telah dimajukan kepada Kementerian Kerja Raya (KKR), dan Kerajaan Selangor untuk dinyahklasifikasi bagi membolehkan hasil siasatan berkenaan dicapai oleh orang awam.

“Kerajaan Selangor bersetuju untuk menyahklasifikan laporan tersebut pada 5 Okt 2023. Laporan berkenaan telah diserahkan kepada Nadma pada 12 Oktober 2023 untuk tindakan lanjut,”ujar beliau.

Tanah runtuh berlaku pada awal pagi 16 Disember tahun lalu di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali di Hulu Kelang, Selangor, mengorbankan 31 orang, termasuk 13 kanak-kanak, dan mencederakan 61 yang lain. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan