32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Michelle Yeoh dipilih Ahli Jawatankuasa IOC

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AKTRES Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh mengharumkan nama negara setelah dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), hari ini.

Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95 menerusi filem “Everything Everywhere All at Once” itu dipilih selepas menerima 67 undian berbanding sembilan dengan satu berkecuali.

Beliau adalah salah seorang daripada lapan ahli baharu yang diundi pada hari terakhir sesi IOC ke-141 di Mumbai, India.

Ketika keputusan diumumkan, aktres kelahiran Ipoh, Perak itu berdiri dan meletakkan tangan di dadanya.

Beliau dan ahli baharu yang lain kemudiannya mengangkat sumpah Olimpik.

Advertisements

Aktres berusia 61 tahun itu yang ditemani suaminya, Jeon Todt yang juga bekas Presiden Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) selepas itu menerima pingat IOC daripada Presiden, Thomas Bach.

Yeoh mula mencipta nama di Hollywood ketika beliau membintangi filem Bond “Tomorrow Never Dies” bersama Pierce Brosnan dan beliau mengukuhkan reputasinya menerusi filem seni mempertahankan diri “Crouching Tiger Hidden Dragon”

Beliau diundi bersama pemenang pingat pertama Olimpik Israel, Yael Arad; ahli perniagaan dan Pentadbir Sukan Hungary, Balasz Furjes; pemenang pingat Olimpik dan ahli politik dari Peru, Cecilia Roxana Tait Villacorta dan usahawan sukan Jerman, Michael Mronz.

Kelima-lima mereka sebelum ini dicadangkan sebagai ahli individu oleh Lembaga Eksekutif IOC, bulan lalu.

Ketua Persekutuan Pingpong Antarabangsa dari Sweden, Petra Soerling dan Presiden Kesatuan Meluncur Antarabangsa dari Korea Selatan, Kim Jae-youl turut dipilih selaras dengan peranan mereka bersama badan induk antarabangsa. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelajar UPSI adakan program bakti bersama gelandangan

SEKUMPULAN pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program khidmat bakti bersama golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan