26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 28, 2023

PM utus tahniah buat Michelle Yeoh

Mesti Baca

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pelakon, Tan Sri Michelle Yeoh di atas kejayaan memenangi Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95 hari ini.

Perdana Menteri berkata, kejayaan pelakon berusia 61 tahun kelahiran Ipoh, Perak itu menjadi inspirasi kepada semua rakyat khususnya penggiat seni di negara ini.

“Saya utus tahniah buat tokoh budayawan dan seniwati Michelle yang ditabal selaku Pelakon Wanita Terbaik Oscar ke-95 (Oscars 2023) menerusi lakonannya dalam filem Everything Everywhere All at Once

“Pelakon kelahiran Ipoh itu juga merupakan pelakon pertama Asia Tenggara memenangi anugerah berprestij itu. Ternyata pencapaian ini amat mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

“Besar harapan agar pencapaian ini akan terus memberi inspirasi kepada semua penggiat seni dan perfileman tempatan. Tahniah dan syabas dari seluruh rakyat Malaysia,” katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Baca juga:   PM tiba di Singapura untuk lawatan rasmi

Michelle merupakan wanita Asia pertama yang dicalonkan dan memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik dalam sejarah Oscar.

Pelakon itu berdepan dengan saingan Andrea Riseborough yang membintangi filem To Leslie; Cate Blanchett (Tar); Michelle Williams (The Fabelmans) dan Ana de Armas (Blonde).

Filem tersebut turut mendominasi Oscars dengan menggondol tujuh anugerah termasuk pengarah terbaik, suntingan terbaik, pelakon pembantu terbaik dan lakon layar terbaik. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Bakar al-Quran: Tindakan keji, langgar kebebasan bersuara

TINDAKAN kumpulan pelampau di Denmark yang sengaja membakar pada bulan Ramadan disifatkan keji, tidak boleh diterima serta melanggar prinsip...

Lagi Artikel Berkaitan