25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Zambry ketuai delegasi ke tiga acara penting Komanwel

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan mengetuai delegasi Malaysia untuk menyertai tiga acara penting Komanwel di London, United Kingdom mulai hari ini sehingga Rabu (15 Mac).

Acara itu adalah Sambutan Hari Komanwel, Mesyuarat Kumpulan Tindakan Menteri-menteri Komanwel (CMAG) dan Mesyuarat Menteri-Menteri Hal Ehwal Luar Komanwel (CFAMM).

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan memaklumkan sambutan Hari Komanwel yang bertemakan Forging a Sustainable and Peaceful Common Future akan dihoskan oleh Raja Britain Raja Charles III buat kali pertama sebagai Ketua Komanwel, manakala majlis santapan diadakan di Istana Buckingham.

“Ia adalah acara tahunan yang meraikan nilai dan matlamat bersama Komanwel,”menurut kenyataan itu.

Malaysia menjadi ahli CMAG pada 2018, seterusnya mengukuhkan lagi statusnya sebagai anggota terkemuka Komanwel.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa Malaysia telah menjadi ahli Komanwel sejak 66 tahun lalu dan selaku tuan rumah Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) ke-11 pada 1989 serta mendapat penghormatan sebagai negara Asia pertama yang menjadi tuan rumah Sukan Komanwel pada 1998.

Penyertaan aktif Malaysia dalam acara-acara ini mencerminkan komitmen negara dalam memajukan matlamat bersama Komanwel, khususnya mempromosikan demokrasi, menegakkan hak asasi manusia dan memupuk pembangunan dalam kalangan negara anggota,” menurut Wisma Putra.

Kenyataan itu turut menggariskan bahawa tahun 2023 adalah penting bagi Komanwel kerana ia melibatkan sambutan Tahun Keamanan Komanwel dan Tahun Belia Komanwel, bersama-sama dengan ulang tahun kesepuluh penandatanganan Piagam Komanwel yang bersejarah.

Malaysia juga menyertai 55 negara anggota Komanwel yang lain memperingati Hari Komanwel pada Isnin, menantikan acara dan mesyuarat yang dirancang untuk 2023 dan pelaksanaan CHOGM 2022 secara berterusan dalam memupuk keamanan dan memastikan pembangunan mampan untuk seluruh anggota Komanwel.

“Menteri Luar (Zambry) juga akan mengadakan beberapa mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya, serta membincangka  isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama,”menurut kenyataan itu. – Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan