32.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 3, 2023

PM terima kunjungan Michelle Yeoh

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan Tan Sri Michelle Yeoh di pejabatnya hari ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar berkata, dalam pertemuan itu, pelakon Hollywood yang merupakan anak kelahiran Ipoh mengimbau kisah suka dan duka perjalanan hidupnya terutamanya untuk mencapai tingkat kejayaan.

Beliau turut menitip pesan bahawa kejayaan gemilang anugerah Oscar itu cukup bermakna bagi dirinya, keluarga dan juga rakyat Malaysia seluruhnya.

Pencapaiannya itu berjaya mengangkat nama negara di persada antarabangsa.

“Saya ucap semoga maju jaya dan terus beroleh kejayaan!” katanya menerusi hantaran tersebut.

Dalam hantaran itu, Anwar turut berkongsi beberapa keping gambar bersama Michelle termasuk berpeluang merasai memegang anugerah tersebut.

Pada 13 Mac lalu, Michelle, 61, dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95 yang disiar secara langsung dari Dolby Theatre.

Baca juga:   Ali Puteh dedah alamat, jemput warganet bincang isu keluarganya

Ia sekali gus mencipta rekod sebagai bintang Asia pertama meraih trofi bagi kategori itu dalam sejarah Oscar.

Beliau menewaskan empat calon hebat lain iaitu Andrea Riseborough yang membintangi filem To Leslie, Cate Blanchett (Tar), Michelle Williams (The Fabelmans) dan Ana de Armas (Blonde). – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Isu Kedah-Pulau Pinang: Tindakan tegas sebar maklumat palsu

TINDAKAN tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang menyebarkan maklumat palsu berkenaan isu sempadan Pulau Pinang dan Kedah. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan