34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Kejayaan Michelle kebanggaan Malaysia – Ismail Sabri

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada pelakon Tan Sri Michelle Yeoh yang diumum Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95 hari ini.

Ujar Ahli Parlimen Bera itu, kejayaan berkenaan membuktikan anak Malaysia juga berbakat besar dan mampu menjulang kejayaan besar di pentas dunia.

“Tahniah anak Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh, yang diumum Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95 sekali gus mencipta rekod dalam sejarah Oscar sebagai bintang Asia pertama meraih trofi bagi kategori tersebut.

“Tahniah Michelle Yeoh! Anda kebanggaan Malaysia,” katanya dalam Facebook hari ini.

Terdahulu, pada acara gemilang yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat itu, Michelle merangkul anugerah berkenaan menerusi lakonannya dalam filem Everything Everywhere All at Once.

Advertisements

Michelle, 61, yang anggun dalam persalinan berwarna putih itu tidak lupa mendedikasikan kemenangan paling manisnya itu kepada ibunya, Datin Janet Yeoh yang sentiasa disebut sebagai tulang belakang kejayaan beliau.

Untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik, Michelle berdepan dengan saingan Andrea Riseborough yang membintangi filem To Leslie; Cate Blanchett (Tar); Michelle Williams (The Fabelmans) dan Ana de Armas (Blonde).

Filem tersebut turut mendominasi Oscars dengan menggondol tujuh anugerah termasuk pengarah terbaik, suntingan terbaik, pelakon pembantu terbaik dan lakon layar terbaik.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan