26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 28, 2023

Amir Jahari tidak benarkan lagu digunakan untuk politik

Beliau memohon maaf kepada Mas Ermieyati sekiranya cara tegurannya menyinggung perasaan Ahli Parlimen Masjid Tanah itu.

Mesti Baca

PENYANYI dan komposer, Mohamad Amirullah Jahari atau Amir Jahari memohon maaf secara terbuka kepada Datuk Mas Ermieyati Samsudin berhubung isu penggunaan lagunya.

Amir menerusi ciapan di Twitter berkata, permohonan maaf itu dibuat atas cara tegurannya yang menyinggung perasaan Ahli Parlimen Masjid Tanah berkenaan.

Bagaimanapun katanya, beliau tetap berpendirian untuk menghalang mana-mana individu menggunakan karyanya atas tujuan politik dan sebagainya.

“Di sini, saya Mohamad Amirullah Jahari, dengan rasa rendah diri dan seikhlas hati ingin memohon maaf secara terbuka kepada YB (Yang berhormat) Mas Ermieyati atas kesilapan saya memilih kata dan cara yang tidak baik dalam membuat teguran tempoh hari.

“Walau bagaimanapun, pendirian saya tetap sama. Saya tidak membenarkan karya saya digunakan oleh sesiapa sahaja dalam konten yang mempunyai agenda politik dan perkara yang boleh memporak-perandakan,” katanya.

Baca juga:   Annuar hantar bantuan MN guna perahu kecil

Mas Ermieyati pada Jumaat lalu memohon maaf kepada Amir kerana menggunakan lagu ciptaannya untuk filem Imaginur, Hasrat sebagai lagu latar untuk hantaran video semasa berada di Mahkamah Kuala Lumpur susulan pendakwaan kes Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat.

Ini susulan kenyataan Amir yang menghalang sebarang karyanya daripada digunakan ahli politik.

Dalam pada itu, Amir menjelaskan permohonan maaf tersebut dibuat bukan kerana desakan mana-mana pihak.

“Saya jelaskan, tiada surat yang dihantar, tiada orang YB yang datang, ini hanyalah cara saya memperbaiki diri, memang agak kasar cara saya menegur, tapi tetap saya menegakkan bahawa lagu saya bukan untuk agenda politik, itu sahaja,” katanya. – Edisi 9

Baca juga:   Anwar berbohong atau dia tertipu dengan tanggapan sendiri

Wartawan

Terkini

Bakar al-Quran: Tindakan keji, langgar kebebasan bersuara

TINDAKAN kumpulan pelampau di Denmark yang sengaja membakar pada bulan Ramadan disifatkan keji, tidak boleh diterima serta melanggar prinsip...

Lagi Artikel Berkaitan