Tuesday, July 21, 2026

Mas Ermieyati letak jawatan, Bersatu Masjid Tanah bubar

Tindakan yang dilakukan itu atas faktor telah kehilangan kepercayaaan kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mesti Baca

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Masjid Tanah diumumkan terbubar berikutan peletakan jawatan hampir seluruh jawatankuasanya termasuk Ketua Bahagiannya, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsuddin.

Bekas Setiausahanya, Shahrul Azhar Amir berkata, keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat khas yang dihadiri Ahli-Ahli Jawatankuasa Bahagian, Ketua-Ketua Sayap, serta Ketua-Ketua Cawangan Bersatu Masjid Tanah. 

“Pertemuan selama dua jam ini telah berlangsung dengan baik dan Datuk Wira Ketua Bahagian telah memberi penjelasaan tentang perkembang terkini konflik politik Bersatu. 

“Datuk Wira Ketua Bahagian juga telah memberi peluang dan ruang untuk semua yang hadir memberikan pandangan dan bertanyakan soalan-soalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dalam pertemuan itu Mas Ermieyati mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Bersatu Bahagian Masjid Tanah.

Ini diikuti pula dengan perletakan jawatan oleh Ketua-Ketua Sayap dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Bahagian serta ketua-ketua cawangan yang hadir pada mesyuarat khas tersebut.

Shahrul Azhar berkata, tindakan yang dilakukan itu atas faktor telah kehilangan kepercayaaan kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Dengan perletakan jawatan kami ini, maka dimaklumkan bahawasanya Jawatankuasa Bersatu Bahagian Masjid Tanah adalah dengan ini terbubar secara rasmi,” katanya.

Sebelum ini Mas Ermieyati yang juga Ketua Serikandi Bersatu membuat keputusan menyokong bekas Timbalan Presiden yang dipecat, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Bagaimanapun, sehingga kini kedudukan Ahli Parlimen Masjid Tanah itu masih kekal dalam parti tersebut. — Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan