26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 28, 2023

Mas Ermieyati sah Ahli Parlimen Masjid Tanah

Usaha calon BN, Abdul Hakim Abdul Wahid untuk membatalkan kemenangan Naib Ketua Srikandi Bersatu itu ditolak oleh Mahkamah Pilihan Raya

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAHKAMAH Pilihan Raya hari ini, mengisytiharkan pemilihan Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai Ahli Parlimen Masjid Tanah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu adalah sah.

Memetik laporan Berita Harian, Hakim, Datuk Anselm Charles Fernandis, membuat keputusan itu selepas membatalkan dengan kos terhadap petisyen pilihan raya yang difailkan bekas calon Barisan Nasional (BN) kerusi itu, Abdul Hakim Abdul Wahid, bagi membatalkan kemenangan Mas Ermieyati (responden).

Dalam keputusannya yang berpandukan Seksyen 36 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, hakim berkata, mahkamah menerima dua daripada empat isu dibangkitkan peguam responden iaitu petisyen difailkan di luar waktu ditetapkan mengikut seksyen 38 akta sama.

Anselm berkata, mahkamah juga mendapati pempetisyen gagal memperincikan dakwaan rasuah, termasuk fakta bagaimana beberapa individu dinamakan dalam petisyen itu mempunyai hubungan dengan responden atau dilantik sebagai ejennya.

Baca juga:   Aminuddin sah bertanding Parlimen Port Dickson

Pada 3 Januari lalu, Abdul Hakim memfailkan petisyen itu di Mahkamah Pilihan Raya Melaka bagi membatalkan kemenangan Mas Ermieyati yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) atas dakwaan berlaku sogokan berbentuk wang dan jamuan bagi meraih undi pada PRU15 lalu.

Wartawan

Terkini

20 terbunuh, bas bawa jemaah umrah terbakar

SEBUAH bas yang membawa jemaah umrah terbakar selepas melanggar jambatan ketika menuju ke bandar suci Makkah. Insiden di wilayah Selatan...

Lagi Artikel Berkaitan