26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

KKM batal produk ubat veterinar mengandungi Polymyxin E

Produk berkenaan berpotensi disalahguna dalam makanan haiwan sebagai ejen penggalak tumbesaran yang jika digunakan secara berleluasa boleh menyumbang kepada kerintangan antimikrobial.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) membatalkan pendaftaran produk ubat veterinar yang mengandungi Polymyxin E (Colistin) berkuatkuasa serta-merta.

Bagaimanapun, kata Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ia tidak membabitkan produk ubat veterinar yang mengandungi Polymyxin B dalam bentuk sediaan topikal.

Beliau berkata, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-381 pada 2 Februari lalu.

“Produk berkenaan berpotensi disalahguna dalam makanan haiwan sebagai ejen penggalak tumbesaran yang jika digunakan secara berleluasa boleh menyumbang kepada kerintangan antimikrobial.

“Pembatalan pendaftaran produk ubat veterinar berdaftar yang mengandungi Polymyxin E (Colistin) berkuat kuasa serta-merta, malah pengilangan, pengimportan dan pembekalan produk tidak dibenarkan serta-merta.

“Pemegang pendaftaran produk pula dibenarkan menghabiskan stok sedia ada di pasaran dalam tempoh tiga bulan dari tarikh surat pembatalan produk,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Noor Hisham berkata, KKM akan melakukan penyenaraian semua Polymyxin sebagai bahan terlarang dalam semua produk ubat veterinar untuk semua spesies sasaran kecuali produk ubat veterinar yang mengandungi Polymyxin B dalam bentuk sediaan topikal.

“Selain itu, menolak permohonan pendaftaran baharu dan tidak mempertimbangkan permohonan pendaftaran semula produk ubat veterinar yang mengandungi Polymyxin (kecuali Polymyxin B dalam bentuk sediaan topikal),” katanya.

Jelasnya, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sentiasa memastikan semua produk farmaseutikal termasuk ubat veterinar yang dibekalkan di Malaysia dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan.

“Penilaian manfaat risiko dilaksanakan secara berterusan berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa,”katanya. – Edisi 9

Terkini

GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf jadi Institut Malaysia-China

PUSAT GiatMARA Bagan Datuk, Perak bakal dinaikkan taraf sebagai Institut Malaysia-China (MCI) yang akan memberi fokus dalam TVET bidang...

Lagi Artikel Berkaitan