24.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

PRU-15: Ismail Sabri tuding jari terhadap Ahmad Maslan

Mesti Baca

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakub hari ini menuding jari terhadap Datuk Seri Ahmad Maslan berhubung kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tahun lalu.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, Ahmad selaku Setiausaha Agung UMNO ketika itu hanya sekadar membuat andaian mudah berlandaskan logik akalnya sahaja tanpa mempunyai statistik sokongan peringkat Persekutuan kepada BN.

“Hakikatnya, pandangan yang simplistik tanpa fakta dan statistik oleh bekas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan seperti inilah yang menyebabkan BN kalah dalam PRU-15.

“Inilah punca sebenar kekalahan BN kerana mempunyai bekas Setiausaha Agung UMNO yang hanya sekadar boleh membuat andaian mudah berlandaskan logik akalnya sahaja tanpa mempunyai statistik sokongan peringkat persekutuan kepada BN,” katanya.

Ismail Sabri yang juga bekas Naib Presiden UMNO itu membidas kenyataan Ahmad yang mendakwa parti itu tidak akan mengalami kekalahan teruk sekiranya kerajaan ketika itu mengikut keputusan bersama membubarkan Dewan Rakyat selepas Pilihan Raya Negeri (PRN)Melaka dan Johor.

Kenyataan itu dibuat Ahmad yang juga Ketua UMNO Bahagian Pontian semas Persidangan Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.

Ismail Sabri berkata, unjuran UMNO pada ketika itu BN boleh melepasi 112 kerusi dan boleh membentuk kerajaan secara solo.

“Soalnya, apakah ada kajian sikap secara komprehensif telah dilakukan sebelum membuat unjuran tersebut kerana akhirnya BN hanya tinggal 30 kerusi di Dewan Rakyat.

“Sebagai Perdana Menteri pada ketika itu, saya mendapat laporan daripada pelbagai agensi yang menunjukkan suasana pada ketika itu BN masih tidak mampu untuk menang,” katanya dalam satu kenyataan hari inj.

Advertisements

Beliau berkata, semasa itu, ekonomi sedang dalam proses pemulihan selepas kita terjejas teruk akibat Pandemik COVID-19.

Jelas beliau, sepatutnya proses pemulihan diteruskan bukan dengan membubarkan Parlimen.

“Usaha-usaha untuk memulihkan ekonomi negara dan rakyat telah mula menunjukkan hasil.

“Buktinya, ekonomi negara berkembang sebanyak 8.7 peratus pada tahun 2022, terbaik di rantau Asia Tenggara malah antara yang tertinggi di dunia tetapi usaha itu tidak dapat diteruskan kerana desakan berterusan supaya Parlimen dibubarkan,” katanya.

Ismail Sabri berkata, oleh kerana yakin menang tanpa fakta, akhirnya BN kecundang dalam PRU-15.

Katanya, PRN tidak boleh dijadikan sebagai indikator untuk menentukan kejayaan BN dalam PRU memandangkan keadaan politik negara amat dinamik.

Ahli Parlimen Bera itu berkata, RN dan PRU adalah dua perkara yang amat berbeza di mana PRN lebih tertumpu kepada isu negeri khususnya prestasi Kerajaan yang mentadbir negeri pada ketika itu.

Manakala PRU pula melibatkan isu nasional, apatah lagi persepsi terhadap BN secara keseluruhannya masih tidak baik pada ketika itu

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan