27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

PRN: Pemuda UMNO mahu 30 peratus kerusi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERGERAKAN Pemuda UMNO menaruh harapan untuk mendapatkan 30 peratus daripada kuota kerusi parti itu untuk pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Ketua Pemuda, Dr. Mohamad Akmal Saleh berkata, beliau telah mengangkat beberapa nama calon berpotensi daripada kepimpinan pemuda untuk bertanding dalam PRN di enam negeri.

Namun, katanya, segalanya terserah kepada perbincangan pembahagian kerusi di peringkat Kerajaan Perpaduan dan Barisan Nasional (BN) selesai sebelum dibincangkan parti dan sayap-sayapnya.

“Sudah tentu. Kita memang ada mencalonkan nama-nama kepimpinan pemuda. Saya pun dah menyatakan hasrat bahawea kali ini kalau boleh kita hendak mempertahankan kuota 30 peratus. 

Advertisements

“Tetapi kita sedia maklum pilihan raya akan datang ini penuh liku dan mencabar, jadi kita serahkan dulu pembahagian kerusi selesai antara Kerajaan Perpaduan dan selepas itu kita akan adakan perbincangan dengan komponen dan sayap-sayap dalam UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Laman Media, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, Pemuda UMNO akan mengadakan perbincangan bersama Pemuda Pakatan Harapan (PH) dan parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan bagi mengatur gerak kerja PRN akan datang.

“Saya baru lepas mesej YB (Yang Berhormat) Kevin (Dr. Kelvin Yii Lee Wuen). Insya Allah dalam dua tiga hari ini akan jumpa dan berbincang gerak kerja pemuda PH dan BN bersama parti Kerajaan Perpaduan untuk PRN akan datang,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan