31.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Tidak paksa minta maaf tapi pengundi kurang senang

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERGERAKAN Pemuda UMNO tidak akan memaksa DAP meminta maaf seperti yang mereka lakukan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebelum Kerajaan Perpaduan ditubuhkan.

Sebaliknya, Ketua Pemuda, Dr. Muhammad Akmal Saleh berkata, keengganan parti gabungan di bawah Kerajaan Perpaduan itu sedikit sebanyak akan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengundi dan ahli UMNO.

Katanya, itu adalah kerana isu permohonan maaf disuarakan sendiri akar umbi untuk dibawa ke dalam Perhimpunan Agung UMNO kali ini.

“Jalan terbaik adalah kita minta kepimpinan DAP minta maaf dengan UMNO. Alasan yang kuat kalau DAP boleh minta maaf dengan GPS kenapa bukan UMNO. Kalau dia tidak hendak minta maaf, kita nak paksa macam mana. 

“Tapi ini akan menimbulkan ketidaksenangan pengundi dan ahli UMNO di bawah. Kita akan menuju PRN tidak lama lagi. Ini adalah jalan terpantas boleh meredakan suhu yang panas di bawah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Laman Media, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Advertisements

Beliau bagaimanapun menafikan wujud pergolakan dalam kalangan pemuda  parti gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Katanya, mereka baharu sahaja bertemu dalam Konvensyen Perpaduan baru-baru ini dan segalanya berjaya dengan lancar dan sangat baik.

“Kami penyampai dan ini tidak bermakna hubungan kami dengan pemuda Kerajaan Perpaduan tidak baik. Saya baru lepas mesej YB (Yang Berhormat) Kevin (Dr. Kelvin Yii Lee Wuen). Insya Allah dalam dua tiga hari ini akan jumpa dan berbincang gerak kerja pemuda PH dan BN bersama parti Kerajaan Perpaduan untuk PRN akan datang.

“Jadi tidak ada bahawa isu saya tidak beri kerjasama tetapi pemuda UMNO kena jelas dan tegas bahawa kita kena bawa suara akar umbi di bawah ini. 

“Sebab ini semua dapatan daripada mesyuarat cawangan, bahagian, ke pusat. Inilah suara yang dibawa, kami tidak boleh sembunyikan isu sebenar,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan