26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

UMNO parti memimpin bukan dipimpin – Ismail Sabri

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

UMNO perlu bangkit menerajui kepimpinan negara dan bukannya sekadar menjadi penumpang atau pelengkap kepada mana-mana kerajaan gabungan.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, UMNO merupakan sebuah parti yang memimpin dan bukannya dipimpin.

Beliau berkata, perlu diingat bahawa UMNO mempunya asas yang kukuh dan berpengalaman dalam memperjuangkan nasib bangsa dan agama di negara ini.

“Namun harus diingatkan UMNO adalah parti memimpin dan bukannya dipimpin. 

“Tekad harus dibulat bukan hanya sekadar menjadi penumpang tetapi perlu bangkit kembali menerajui kepimpinan negara. UMNO perlu menerajui bukannya pelengkap untuk menubuhkan kerajaan. 

Advertisements

“Cukuplah memuja dan memuji orang lain kerana UMNO adalah parti yang berpengalaman dan mempunyai asas perjuangan yang amat jelas demi agama, bangsa dan tanah air,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Ismail Sabri bersama-sama perwakilan UMNO Bahagian Bera hari ini hadir ke Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Sementara itu, beliau bersetuju dengan cadangan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Mohamad Akmal Saleh berkenaan jemputan kepada pemimpin-pemimpin parti yang dipinggirkan.

“Bersetuju dengan ucapan Ketua Pemuda UMNO, jemput kembali pemimpin-pemimpin kita yang dipinggirkan kerana mereka mempunyai pengalaman dan pengaruh untuk memperkasakan parti. 

“Berhenti mengeluarkan kenyataan yang menyindir dan menyakitkan hati sahabat-sahabat kita. Semoga UMNO kembali gagah seperti dulu kala,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan