25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

UMNO akan tubuh Jemaah Pemikir – Wan Rosdy

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Perkaderan dan Latihan UMNO akan menubuhkan Jemaah Pemikir, satu entiti bagi menasihati dan memberi panduan berhubung kaedah latihan dan perkaderan yang sesuai dengan masa kini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, menerusi Jemaah Pemikir itu, Majlis Perkaderan dan Latihan akan melibatkan kerjasama daripada beberapa tokoh pemimpin.

Beliau berkata, antara tokoh itu termasuk Leftenan Jeneral Datuk Seri Zaini Mohd. Said, Tan Sri Dr. Nordin Kardi, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta tokoh-tokoh lain dalam bidang masing-masing.

“Majlis ini juga telah mengumpulkan lebih 70 orang pembimbing pemukiman yang terdiri daripada fasilitator terlatih.

“Mereka mempunyai pengalaman luas dan pernah berkhidmat bersama JASA, Seranta, Biro Tatanegara dan beberapa organisasi lain, katanya.

Advertisements
Anggota Jemaah Pemikir UMNO

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulangan Naib Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Sementara itu, Wan Rosdy berkata, cadangan wakil Pemuda dan Puteri yang meminta agar diwujudkan sekolah politik telah pun ada dalam perancangan Majlis Perkaderan dan Latihan.

“Sebenarnya, perkara ini merupakan sebahagian daripada perancangan Majlis Perkaderan dan Latihan, yang selari dan mendokong hasrat Datuk Seri Presiden, untuk melahirkan pemimpin-pemimpin yang winnable, acceptable dan likeable, atau singkatannya – ‘Wali’.

“Menerusi Sekolah Politik ini, saya percaya, kita mampu melahirkan lebih ramai ‘orang parti’ yang setia dan taat kepada perjuangan parti.

“Saya juga yakin, sekolah politik ini mampu melahirkan generasi pewaris yang berkeupayaan mengembalikan kepercayaan rakyat, kepada UMNO,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan