26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

UMNO pertimbang terima semula ahli digantung – Ahmad Zahid

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

UMNO sedang mempertimbangkan menerima semula ahli-ahli yang digantung susulan rayuan yang dikemukan mereka sama ada secara bertulis atau sebaliknya.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pertimbangan tersebut diberikan khusus kepada mereka yang tidak berkokok atau menghentam parti dari luar.

Katanya, permohonan tersebut belum dimuktamadkan dan Majlis Tertinggi (MT) sangat terbuka dalam perkara tersebut.

“Lazimnya laporan Lembaga Disiplin parti sama ada menyokong atau menolak itu akan dibawa kepada jawatankuasa pengurusan. Laporan daripada jawatankuasa itu akan dibawa kepada MT.

“Kerana hanya MT yang boleh membuat keputusan yang muktamat. Mengenai apa juga keputusan tindakan disiplin diadakan sama diberi amaran, gantung atau pecat. Maka saya ingin memaklumkan bahawa MT UMNO sangat terbuka dalam soal ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas sesi penggulungan Presiden dalam Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Tan Sri Noh Omar dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dipecat parti atas pelanggaran disiplin mengikut Perlembagaan UMNO kerana kesalahan sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Advertisements

UMNO turut menggantung Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Maulizan Bujang, Datuk Seri Mohd. Salim Sharif dan Shahril Hamdan selama enam tahun.

Turut dipecat ialah lima orang ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang, sembilan orang ahli UMNO Bahagian Putrajaya, dua orang ahli UMNO Bahagian Tanjung Karang dan 26 orang ahli UMNO Pahang kerana kesalahan sewaktu PRU-15.

Mengulas lanjut beliau berkata, permohonan yang diterima adalah daripada mereka yang digantung dan bukan daripada individu yang dipecat baru-baru ini.

Namun, beliau tidak dapat berkongsi siapa individu yang membuat permohonan untuk menyertai semula parti.

“Saya tidak kongsi setakat ini. Cukup saya katakan ramai. Daripada senarai yang saya umumkan sebelum pemilihan lalu telah memohon secara terus bertulis dan permohonan dibuat melalui rakan MT lain. 

“Saya akan serahkan laporan ini, ibu pejabat UMNO akan membawa untuk diteliti,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan