26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

PRN: Pembahagian kerusi selesai akhir Jun – Zahid

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMBAHAGIAN kerusi antara parti gabungan di bawah Kerajaan Perpaduan bagi pilihan raya negeri (PRN) kini di peringkat akhir dan akan dimuktamadkan selewat-lewatnya akhir bulan ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perbincangan mengenai pembahagian kerusi melibatkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) selaku dua parti gabungan utama.

Katanya, keputusan akhir pembahagian kerusi akan diumumkan sendiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi Sekreteriat Kerajaan Perpaduan.

“Kepimpinan BN akan bertemu dengan (kepimpinan) PH. Di mana kita tidak mengadakan perundingan antara parti dan parti, gabungan dan gabungan.

“Maknanya gabungan parti dalam BN dan PH akan memuktamadkannya, kita akan maklumkan. Dan dalam kalangan kita (BN) akan dimuktamadkan. Saya fikir (keputusan) di akhir bulan Jun bergantung kepada kesesuaian masa Perdana Menteri selaku pengerusi gabungan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Advertisements

Sebelum itu dalam ucapannya, Zahid yang juga Pengerusi BN percaya parti itu akan memperoleh lebih kerusi di enam negeri pada PRN tersebut.

“PRN di enam negeri, saya amat yakin insya-Allah kita akan memuktamadkan tentang pengagihan kerusi dan insya-ALLAH kita akan memperoleh kerusi yang sepatutnya dan melebihi PRU yang lepas,” katanya.

Pada PRU14, BN bertanding di kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor (56), Pulau Pinang (13), Kedah (36), Negeri Sembilan (36), Kelantan (45) dan Terengganu (32).

Pada pilihan raya berkenaan, BN memenangi hanya empat kerusi di Selangor, dua di Pulau Pinang, tiga di Kedah, 16 di Negeri Sembilan, lapan di Kelantan dan 10 di Terengganu.

PRN di enam negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dijangka akan diadakan serentak awal bulan Ogos nanti.

– Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan