SEBUAH kilang membuat pasu bunga di Jalan Harmoni, Kampung Ijok, Bestari Jaya, Kuala Selangor musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasa berhubung kejadian itu pada jam 3.56 pagi.
“Sepasukan 18 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya, Kuala Selangor, Sungai Buloh dan Kota Anggerik terus digerakkan ke lokasi kejadian.
“Setiba dilokasi, daripada laporan awal mendapati, kebakaran membabitkan bangunan struktur terbuka kelas C.
“Anggota bertugas kemudian bertindak memadamkan kebakaran di bahagian depan dan belakang bangunan terbabit,”katanya menerusi kenyataan hari ini.
Katanya, tiada mangsa terbabit namun, kebakaran menyebabkan kilang berkenaan musnah kira-kira 30 peratus.
“Api dapat dikawal jam 4.16 pagi dan dipadamkan sepenuhnya sejam kemudian.
“Punca kejadian tersebut masih dalam siasatan,”katanya. – Edisi 9