32.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Mahkamah kekalkan kemenangan Radzi di Putrajaya

Mesti Baca

MAHKAMAH Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya sebelum ini yang membatalkan petisyen membantah kemenangan Datuk Dr Radzi Jidin di Parlimen Putrajaya.

Ia sekali gus mengekalkan penguasaan Naib Presiden Bersatu itu di kerusi berkenaan.

Panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli bersama Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim dan Datuk Nordin Hassan sebulat suara menolak rayuan Naib Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim untuk mencabar kemenangan Radzi Jidin pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU).

Mahkamah turut menetapkan kos sebanyak RM30,000 yang diperintahkan dibayar kepada Radzi.

Ahmad Faisal yang juga pengundi di Parlimen sama memfailkan petisyen itu pada 26 Januari lalu yang antara lain mendakwa ada bayaran RM150 diberikan pihak calon Perikatan Nasional (PN) itu sebagai balasan mengundi Radzi pada PRU lepas.

Advertisements

Beliau mendakwa, bayaran itu diserahkan pekerja PN kepada seorang lelaki dan pengundi di kawasan Parlimen sama dan tersebar dalam kumpulan WhatsApp pada 4 Januari lalu memaklumkan pengundi luar menerima imbuhan.

Terdapat juga beberapa pengundi lain dikatakan diberikan wang demi untuk mendapatkan undi bagi pihak responden.

Pada PRU15, Radzi yang juga bekas Menteri Pendidikan merampas Parlimen Putrajaya daripada penyandang selama empat penggal, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor daripada Barisan Nasional (BN) dengan kelebihan 2,310 undi.

Beliau memperoleh 16,002 undi manakala Tengku Adnan mendapat 13,692 undi.

Calon lain, Dr Noraishah Mydin Abdul Aziz (Pakatan Harapan) memperoleh 5,988 undi; Datuk Mohd Rosli Ramli (PEJUANG) mendapat 878 undi dan dua calon bebas, Lim Fice Bee (20 undi) serta Samsudin Mohamad Fauzi (63 undi). – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan