26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Lima saintis muda terpilih ke Mesyuarat Nobel Laureate 

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK lima saintis muda diberi pengiktirafan mewakili negara dalam Mesyuarat Nobel Laureate ke-72 di Lindau, Jerman yang berlangsung pada 25 hingga 30 Jun ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, mereka merupakan antara 635 saintis muda terpilih seluruh dunia akan berinteraksi secara langsung dengan sekurang-kurangnya 40 Pemenang Anugerah Nobel dalam mesyuarat yang didedikasikan bagi bidang fisiologi dan perubatan itu.

Katanya, lima saintis adalah Dr. Liyana Azmi dari Universiti Sains Islam Malaysia, Dr. Norhasmira Mohammad (Universiti Teknologi MARA), Dr. Wong Yin How, (Taylors University), Dr. Afifah Mohamed dan Dr Wong Sok Kuan (Universiti Kebangsaan Malaysia). 

“Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menekankan keperluan untuk memberikan peluang kepada saintis muda Malaysia untuk turut serta dalam program-program bertaraf global, seperti Mesyuarat Nobel Laureate. 

“Melalui perkongsian perspektif baharu serta idea-idea yang inovatif, saintis-saintis muda ini menjadi aset berharga bagi komuniti saintifik. 

“Langkah ini adalah penting untuk memastikan bahawa generasi baharu saintis dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran yang relevan bagi menghadapi cabaran masa depan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Malaysia menerusi MOSTI dan Akademi Sains Malaysia (ASM) telah menghantar 84 saintis muda termasuk peserta tahun ini untuk mengambil bahagian dalam Mesyuarat Nobel Laureate sejak 2004.

ASM membuka pencalonan bagi Mesyuarat Nobel Laureate ke-72 kepada semua saintis muda IPTA dan IPTS seluruh negara pada 21 September hingga 7 Oktober 2022. 

Saringan awal dilakukan ASM dan seterusnya diputuskan ahli jawatankuasa Mesyuarat Nobel Laureate untuk pemilihan akhir. Pencalonan ini dibuka setiap tahun mengikut bidang sains yang ditetapkan.

Sekretariat mesyuarat berkenaan memaklumkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya 40 Pemenang Anugerah Nobel akan menyertai program ini dengan membentangkan penyelidikan serta berkongsi pengalaman mereka bersama semua saintis-saintis muda yang hadir. 

Selain itu, saintis-saintis muda berkenaan akan menyertai sesi antaranya syarahan, perbincangan terbuka serta peluang untuk bertemu Pemenang Anugerah Nobel secara santai menerusi Laureate Lunch. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan