26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Peruntukan ‘Pahang Pride Kasih’ RM20 juta tahun ini

Pahang Pride Kasih adalah inisiatif keprihatinan kerajaan negeri Pahang terhadap golongan warga emas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN negeri Pahang menambah peruntukan ‘Pahang Pride Kasih’ daripada RM10 juta pada tahun lalu kepada RM20 juta pada tahun ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penambahan peruntukan terbabit akan dapat memberi manfaat kepada 30,600 orang penerima.

Menurutnya, ‘Pahang Pride Kasih’ adalah inisiatif keprihatinan kerajaan negeri Pahang terhadap golongan warga emas serta orang kurang upaya tidak bekerja yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang.

“Setiap penerima akan menerima kad kesihatan yang mempunyai nilai RM500, bagi mendapatkan rawatan kesihatan prosedur am di klinik-klinik swasta yang telah dilantik sebagai panel,”katanya.

Advertisements

Terdahulu beliau menyampaikan kad kesihatan ‘Pahang Pride Kasih’ kepada lebih 400 penerima bagi daerah Temerloh pada Majlis Penyerahan Kad Kesihatan ‘Pahang Pride Kasih 2023’ di Dewan Tun Razak, Temerloh hari ini.

Dalam majlis tersebut juga beliau telah merasmikan Aplikasi Mudah Alih (‘Mobile Apps’) ‘Pahang Pride Kasih’ .

Beliau berkata, aplikasi berkenanan merupakan nilai tambah kepada usaha yang dilakukan di mana setiap penerima boleh menyemak senarai klinik panel, rekod rawatan, jenis ubatan serta baki semasa penggunaan kad yang telah digunakan.

“Semoga dengan wujudnya inisiatif ini, ia akan dapat membantu penerima mendapatkan rawatan kesihatan dengan mudah dan selesa. Insya-Allah,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan