27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Kerajaan Perpaduan lulus RM31.8 juta bangunkan lima masjid di NS

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Perpaduan telah meluluskan sejumlah RM31.8 juta bagi pembangunan lima masjid di Negeri Sembilan.

Lima masjid berkenaan terdiri Masjid Terapung Port Dickson, Masjid Kariah Ulu Beranang, Masjid Talang Tengah, Masjid Diraja Tuanku Munawir Seri Menanti dan Masjid Kariah Bongek.

Manakala satu lagi pembinaan masjid adalah Kompleks Islam Masjid Al-Isra’ Tunku Besar Tampin yang bernilai RM10.5 juta.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, beliau berharap dengan pembinaan masjid baharu ini akan dipenuhi dengan umat Islam terutamanya penduduk sekitar serta mengimarahkan masjid ini dengan program-program seperti qiamullail, tadarus, iftar secara istiqamah.

“Semalam, saya telah menghadiri Majlis Penyerahan Masjid Abu Al-Darda’, Nilai Impian kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

Advertisements

“Masjid baharu yang berkonsepkan gabungan elemen Minangkabau dan Islamik ini, telah dibina di atas tapak seluas 7.86 ekar dan dapat disiapkan sepenuhnya pada 26 Ogos 2023 yang lalu,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau di sini.

Terdahulu, Aminuddin hadir pada Majlis Penyerahan Masjid Abu Al-Darda’, Nilai Impian di Nilai.

Mengulas mengenai masjid baharu tersebut, bliau berkata, pembinaan bangunan masjid berkeluasan 1,895.7m2 ini, merangkumi dewan solat utama, ruang solat wanita dan ruang solat limpah yang boleh menampung seramai 2,550 orang jemaah dalam satu-satu masa.

“Makmurkanlah Rumah Allah ini sebagai wadah penyatuan umat Islam. Sudah pasti janji Allah kepada yang memakmurkan masjid-Nya adalah benar. Insya-Allah,”ujar beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan