28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Peruntukan RM5 juta untuk MBM – PM

Mesti Baca

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM5 juta setahun kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi memperkasakan golongan muda.

Beliau berkata, keyakinan dan kesungguhan kepimpinan Presiden MBM, Mohd. Izzat Afifi Abdul Hamid telah menjayakan Negara Madani, dengan keyakinan serta sokongan padu para belia di negara ini.

“Kesungguhan pimpinan MBM, termasuk menjayakan Negara Madani dengan keyakinan dan ilmu, maka saya setuju peruntukan RM5 juta setahun. MBM istimewa kerana badan-badan yang mewakilli persatuan, kaum, agama boleh menyatukan belia dengan semangat perpaduan.

“MBM penting dalam menyelamatkan negara kita dalam membina kekuatan baharu,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Belia Negara 2023 di Padang Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson hari ini.

Perdana Menteri turut melancarkan Model Pembangunan Belia Madani 2030 (MPBM2030) yang menjadi pelengkap kepada Dasar Belia Malaysia, dan selari dengan dasar nasional terkini di majlis tersebut. 

MPBM2030 dibangunkan berdasarkan aspirasi golongan belia yang  terkesan akibat pandemik COVID-19 memberikan penekanan kepada empat teras, 11 objektif, 14 strategi dan 39 inisiatif. 

Model ini disasarkan dapat melahirkan warganegara belia yang dinamik, kompeten, berdaya saing dan berdaya tahan dalam mendepani cabaran masa kini serta perubahan masa hadapan.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun serta Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Anwar berkata, MBM perlu memperincikan laporan mengenai hala tuju, menerusi peruntukan yang diumumkan itu.

Katanya, beliau mahukan dalam tempoh sebulan ini, MBM memberikan laporan mengenai rancangan pertubuhan itu bagi menambah keanggotaan para belia.

“Keduanya memastikan penyertaan wanita di semua peringkat termasuk pimpinan MBM, bermula dengan penyertaan 30 peratus, dan ketiganya memperhebatkan program, ekonomi, latihan serta kebajikan termasuk kesedaran belia dalam menunaikan tanggungjawab mereka dalam negara ini,” katanya. – BERNAMA

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan