Thursday, June 4, 2026

RM1.7 bilion untuk bina terowong, lebar Lebuh Raya KLK

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM1.7 bilion untuk projek melebarkan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) sebagai langkah mengatasi masalah kesesakan khususnya pada musim perayaan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, projek tersebut turut melibatkan penambahan satu terowong baharu.

Ujar beliau, pelaksanaan projek tersebut dijangka mengambil masa tiga tahun dana bakal bermula pada Julai depan.

“Kita tahu trafik sangat berat ke Pantai Timur, lebih kurang dua juta pengunjung (pengguna). Maknanya kalau empat orang satu kereta, dah berapa daripada dua juta tersebut hendak balik Terengganu dan Kelantan.

“Dan apa yang kita laksanakan, kita baru lulus RM1.7 bilion kewangan. Hendak melebarkan semula Lebuhraya Karak daripada lorong yang ada. Menambah lorong dan bermula Julai ini dan kita akan tambah satu terowong,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Terengganu hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata, beliau percaya menerusi pelebaran dan penambahan terowong tersebut dapat mengurangkan kesesakan yang kerap berlaku di lebuh raya itu.

Katanya, menerusi projek yang dijalankan menunjukkan kerajaan komited dalam memastikan keselesaan rakyat khususnya pengguna jalan raya. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan