30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Pearly-Thinaah berjuang hingga keringat terakhir

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PASANGAN beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah mempamerkan semangat juang luar biasa sebelum tewas kepada wakil Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee di Kejohanan Badminton Malaysia Masters sebentar tadi.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, beregu nombor 11 dunia itu berjuang sehingga ke akhir set ketiga sebelum tewas 22-20, 8-21, 21-17 dalam tempoh 1 jam 41 minit.

Pernah menewaskan pasangan Korea Selatan itu pada kejohanan Terbuka Perancis Oktober tahun lalu, Pearly-Thinaah memberikan saingan hebat di set pertama dan berjaya menang 22-20 dalam tempoh 35 minit.

Bagaimanapun, Ha Na-So Hee bangkit di set kedua apabila menang mudah 21-8 dalam set kedua dalam hanya 24 minit sahaja.

Pasangan beregu wanita negara itu dilihat kelihatan menuju ke set penentuan apabila terpaksa melalui beberapa rali panjang.

Advertisements

Pada kedudukan 20-17, Thinaah meminta time out daripada pegadil perlawanan kerana kepenatan dan seakan tidak mampu meneruskan saingan.

Bagaimanapun, pemain itu bangkit semula meneruskan perlawanan sebelum tewas 17-21 dalam tempoh 42.

Semangat juang Pearly-Thinaah mendapat tepukan dan sorokan gemuruh daripada penonton di Axiata Arena sementara pasangan Korea Selatan itu terus mendapatkan Thinaah yang terbaring sejurus tamat perlawanan.

Pasangan beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun akan turun beraksi dalam giliran terakhir hari ini menentang pasangan Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae dalam aksi final. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan