Thursday, June 4, 2026

Ismail Sabri ucap tahniah kepada Pearly-Thinaah

Pada aksi final di Stade Pierre de Coubertine, Paris, Pearly-Thinaah menumbangkan pilihan keempat yang juga juara dunia dua kali, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dari Jepun 21-19, 18-21, 21-15.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah yang berjaya mengungguli kejohanan badminton Terbuka Perancis malam tadi.

Beliau berkata kejayaan Pearly-Thinaah menamatkan kemarau kejuaraan berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Malah menurut beliau lagi, kejayaan pasangan beregu itu membuktikan sukan berupaya mengharumkan nama Malaysia di persada dunia, selain menyatukan kaum.

“Ia juga dapat meningkatkan semangat kekitaan yang menjadi asas Keluarga Malaysia. Tahniah! Malaysia Boleh,” katanya dalam Facebook hari ini.

Pada aksi final di Stade Pierre de Coubertine, Paris itu, Pearly-Thinaah menumbangkan pilihan keempat yang juga juara dunia dua kali, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dari Jepun 21-19, 18-21, 21-15.

Kejayaan itu menjadikan Pearly-Thinaah beregu wanita Malaysia pertama merangkul gelaran Terbuka Perancis dan ia adalah gelaran kedua serta kejayaan terbesar pasangan nombor 11 dunia itu dalam siri Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas menjuarai Terbuka Switzerland, Mac tahun lepas.

Sebelum ini, bekas beregu wanita negara Wong Pei Tty-Chin Eei Hui muncul naib juara Terbuka Perancis pada 2008.

-EDISI9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan