32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

PRU15: KJ terima mana-mana kerusi Parlimen

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KHAIRY Jamaluddin Abu Bakar terbuka menerima mana-mana kerusi Parlimen yang diberikan pucuk pimpinan parti kepadanya untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Saya terima mana-mana kawasan yang diberikan kepada saya,”katanya ringkas.

Sebelum ini, spekulasi berkenaan dengan bekas ahli Parlimen Rembau itu yang dikatakan akan bertanding di Sungai Buloh PRU15, selepas namanya tidak tersenarai mewakili Barisan Nasional (BN) di Negeri Sembilan.

“Saya tidak tahulah. Saya rasa semua keputusan berkenaan dengan calon PRU15 akan diumumkan tidak lama lagi.

Advertisements

“Biarlah diumumkan oleh pucuk pimpinan parti,”katanya dalam sidang media di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Putrajaya di sini hari ini.

Khairy dilaporkan berkata beliau bersedia menerima cabaran itu dan memikul tanggungjawab yang diamanahkan parti politik itu untuk menawan kerusi itu pada PRU15.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 19 November ini sebagai hari pengundian, dengan penamaan calon pada 5 November dan pengundian awal pada 15 November. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan