26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

KJ, Shahril tidak akan merayu kepada UMNO

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BEKAS Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Suffian Hamdan menolak pelawaan untuk kembali bersama parti itu.

Sebaliknya, kedua-dua bekas pemimpin itu menganggap mereka telah move on atau meneruskan langkah seterusnya selepas dipecat dan digantung UMNO.

Khairy juga bekas Ahli Parlimen Rembau berkata, tiada sebab untuknya membuat rayuan sedangkan sehingga kini dia tidak tahu punca pemecatannya.

“Kita tidak merayu apa? Sebab kita tidak tahu apa tindakan yang melayakkan kita dipecat dan digantung. Mengarut. Kita kena move on.

“Seperti mana yang Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kata, ini cerita lamalah. Tak pernah dibawa ke lembaga disiplin, tiada diproses, kita nak merayu apa. Kita pun tak tahu jadi, kita biarkan sahajalah,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian dalam podcast Keluar Sekejap yang dihoskan Khairy dan Shahril dan disiarkan di platform Youtube.

Sementara itu, Shahril berkata, Presiden UMNO boleh buat apa yang dirasakan terbaik untuk parti.

“Tapi harapannya kalau kita kena mencontohi Lokman Adam barulah kita boleh diterima semula, kalau itulah yang dianggap sebagai benda yang baik untuk kita masuk balik, saya rasa tak apalah.

“Kita duduk dekat luar, saya tak sombong. Bagi saya kami tidak boleh undur dengan apa yang telah kamu lakukan,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas Akhyar disamun, Faisal Halim pula disimbah asid

BARU beberapa hari lepas pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid diserang dan disamun di Kuala Terengganu, hari ini Faisal...

Lagi Artikel Berkaitan