29.9 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

TMJ berminat jadi tetamu ‘Keluar Sekejap’

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan minat baginda untuk menjadi tetamu program bual bicara Keluar Sekejap yang dikendalikan oleh Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan.

Baginda menyatakan hasrat itu menerusi Instagram rasmi Keluar Sekejap, semalam.

Tunku Ismail berkata, baginda berminat menyertai program bual bicara menerusi podcast itu kerana tidak ada tapisan dan baginda boleh mengeluarkan pendapat dengan bebas.

“Baik ajak saya aja masuk Keluar Sekejap ni. No holds bar (tiada tapisan) Kasi gegar sikit negara ni @khairykj,” komen baginda menerusi Instagram tersebut yang membicarakan topik mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN).

Advertisements

Untuk rekod Tunku Ismail yang juga pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mempunyai hubungan baik dengan Khairy dan telah melantik bekas menteri Kabinet itu dalam pengurusan kelab tersebut.

Sementara itu, Khairy yang mengulas hasrat Tunku Ismail hanya mampu bereaksi “Alamak”.

Khairy sebelum itu turut memuat naik tangkap layar komen TMJ tersebut berhubung hasrat baginda.

Sebelum ini, podcast Keluar Sekejap pernah membawa tokoh-tokoh politik sebagai tetapi bual bicara tersebut antaranya Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Mohd Nor dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bernas tanam padi pulut berskala besar di Langkawi

PADIBERAS Nasional Berhad (Bernas) melaksanakan projek penanaman padi pulut berskala besar membabitkan ladang sawah seluas 540 hektar di Langkawi,...

Lagi Artikel Berkaitan