31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

10,000 sertai larian Separa Maraton IJM Land 2023

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 10,000 peserta menyertai acara larian IJM Land Half Marathon 2023 yang dianjurkan oleh pemaju hartanah terkemuka IJM Land di Dataran Centrio, Seremban 2, baru-baru ini.

Acara tersebut bukan sahaja bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat malah ia juga telah meninggalkan kesan yang positif kepada masyarakat dengan memberi sumbangan kepada pertubuhan amal kebajikan.

Pengurus Besar Kanan IJM Land Berhad, Chai Kian Soon berkata, selaras dengan slogan kami, ‘Run Together, Bond Stronger’, kami amat berbangga dengan kejayaan Half Marathon tahun ini.

“Kejayaan ini melambangkan perpaduan dan semangat masyarakat kita. Kami bersyukur atas sokongan yang berterusan dan tidak berbelah bahagi daripada para peserta acara serta penaja dan rakan kongsi kami, walaupun kami telah lama menyepi,”katanya.

Hadir merasmikan acara berkenaan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zafir Ibrahim dan Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin.

IJM Land Half Marathon yang kini melangsungkan edisinya yang ke-9, terbukti semakin maju sejak penubuhannya pada 2012 di mana ia semakin terkenal sebagai platform yang memupuk semangat setiakawan sambil memberi kembali kepada masyarakat.

IJM Land Half Marathon 2023 menawarkan pelbagai kategori termasuk 21 Kilometer (KM) (Half Marathon) dan 12KM untuk wanita dan lelaki berumur 19 tahun dan ke atas, untuk remaja perempuan dan lelaki berumur 13 tahun dan ke atas, serta 5KM Fun Run untuk individu berumur 19 tahun dan ke atas.

Selain menjadi platform untuk kecemerlangan sukan, IJM Land Half Marathon juga merupakan platform yang menitikberatkan amal kebajikan.

Acara tersebut telah menyampaikan sumbangan kepada dua badan amal iaitu Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan (Hospice) dan Malaysia Lysosomal Diseases Association (MLDA) dengan jumlah sumbangan sebanyak RM40,000.

Di samping itu, Pertubuhan Artritis Negeri Sembilan (PANS) turut menerima sumbangan berjumlah RM10,600.

Advertisements

Chai berkata, pihaknya komited untuk menyumbang kepada mereka yang memerlukan dan memberi impak yang bermakna kepada masyarakat.

“Dana yang dikumpul telah memberi kesan yang positif kepada mereka yang memerlukan dan kami bertekad untuk meneruskan usaha dan komitmen kami untuk tahun-tahun yang akan datang,”katanya.

Acara Half Marathon ini juga telah menampilkan pelbagai aktiviti sampingan yang menghiburkan seisi keluarga.

Para hadirin dapat menikmati keenakan popcorn, ais krim, gula kapas, dan aneka minuman yang menyegarkan termasuk Nestle Milo, minuman isotonik, Yakult Ace, dan Teh Kombucha.

Permainan interaktif, pemeriksaan kesihatan, dan urutan sukan juga ditawarkan di reruai Penaja dan Rakan Kongsi.

Apa yang menyeronokkan lagi suasana ialah pemberian hadiah cabutan bertuah yang bernilai hingga RM25,000, termasuk peranti tercanggih seperti iPhone 14 Pro Max dan Macbook kepada peserta.

Sebagai sambutan awal untuk ulang tahun ke-10 IJM Land Half Marathon tahun depan, pingat penamat bagi tahun 2023 menampilkan reka bentuk bermagnet yang melambangkan perpaduan dan kesinambungan, di mana para pemenang dapat menggabungkan pingat penamat tahun ini dengan pingat penamat yang akan diterima pada tahun 2024.

Di samping itu, IJM Land Half Marathon telah memperkenalkan peraduan serba baharu, ‘Students RUN TOGETHER’ Contest, yang menyahut permintaan guru-guru sekolah untuk menginspirasi para pelajar Tingkatan 1 hingga 4 untuk menyertai acara sukan.

Peraduan berkenaan bertujuan bagi menjalinkan ikatan berkekalan dalam masyarakat berikutan cabaran pandemik COVID-19 sebelum ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan