27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

IJM Land sumbang RM45,000 bantu murid prasekolah

Mesti Baca

PEMAJU hartanah, IJM Land Berhad menyumbang sebanyak RM45,000 dalam bentuk kewangan dan perbelanjaan lain untuk 16 prasekolah di Seremban, Negeri Sembilan.

Program di bawah Bantuan Pendidikan Nirsentuh Covid-19 itu diharap dapat meringankan beban 50 murid prasekolah yang kurang bernasib baik.

Pengurus Besar Kanan IJM Landa (Wilayah Tengah), Datuk Hoo Kim See berkata, melalui inisiatif ini pihaknya berharap dapat meningkatkan kehidupan keluarga berpendapatan rendah.

Ini termasuk pemberian bantuan kewangan selama enam bulan untuk perbelanjaan prasekolah anak-anak mereka di samping menyampaikan mesej kepada kanak-kanak berkenaan bahawa mereka juga berhak mendapat peluang yang adil apabila melibatkan pendidikan asas.

“Setiap kanak-kanak berhak mendapat peluang yang sama untuk menerima pendidikan yang baik dan mempelajari kemahiran yang akan membantu mereka untuk berkembang maju pada masa akan datang.

Advertisements

“Walau bagaimanapun, kami tahu bahawa terdapat keluarga yang hidup dalam kesusahan dan sedang berjuang untuk mengatasi cabaran hidup terutamanya pada masa kini.

“Oleh itu, kami di IJM Land bekerja keras untuk membantu keluarga ini dan memastikan anak mereka yang tinggal di Seremban diberi peluang untuk menerima pendidikan asas dan dilindungi sepanjang masa tanpa mengira latar belakang mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sumbangan disampaikan kepada Presiden Persatuan Guru-guru Tadika Negeri Sembilan, Sin Kia Wai dan Naib Presidennya, Tan Wei Ping serta Naib Presiden Pertubuhan Tadika Swasta Negeri Sembilan (TUNTASN9), Misliza Mohni di Seremban, semalam.

Kim See berkata, pihaknya mendapat kerjasama daripada kedua-dua pertubuhan tersebut bagi mengenal pasti murid-murid terlibat.

Katanya, melalui program subsidi prasekolah tersebut, kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun dari latar belakang kurang bernasib baik, termasuk kanak-kanak OKU dan anak yatim di Seremban akan mendapat peluang yang adil dalam pendidikan sama seperti rakan sebaya mereka. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan