31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

Pelajar kes pertama Omicron, kontak rapat disahkan negatif

Mesti Baca

PELAJAR yang baru tiba dari Afrika Selatan dan menjadi kes pertama Covid-19 varian Omicron di Malaysia disahkan sudah bebas daripada wabak tersebut hari ini.

Dengan nada lega, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, keputusan sampel ujian RT PCR yang diambil daripada pelajar universiti swasta di Ipoh, Perak itu hari ini disahkan negatif.

Beliau berkata, tujuh kontak rapat terdiri daripada pemandu bas, kakitangan universiti, tiga rakan pelajar universiti serta dua rakan sebilik pelajar berkenaan juga disahkan negatif.

“Terkini dari negeri Perak. Kesemua lapan sampel ujian RT PCR hari ini adalah negatif iaitu kes indeks Omicron pertama dalam negara (Afrika Selatan) dan tujuh kes kontak rapat iaitu pemandu, pekerja universiti, tiga rakan pelajar universiti (dua Ghana & satu India) dan dua rakan sebilik. Alhamdulilah,” katanya menerusi ciapan di twitternya malam ini.

Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengesahkan seorang pelajar warga asing berusia 19 tahun menjadi kes pertama varian dibimbangi, Omicron.

Pelajar sebuah universiti swasta itu tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November lalu dan telah menjalani ujian RT-PCR COVID-19 setibanya di Pintu Masuk Antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pelajar terbabit kemudian dibawa ke Ipoh dari KLIA menggunakan sebuah bas yang disediakan oleh pihak universiti, tempat individu tersebut belajar.

“Kes telah diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di bawah Seksyen 15, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) dan menjalani kuarantin wajib di penginapan yang disediakan oleh pihak universiti di Ipoh,” kata Khairy dalam sidang media semalam. – Edisi 9

Terkini

MQA saran IPT lahirkan lebih ramai profesor praktis

KUALITI pendidikan tinggi negara akan terus meningkat dengan melahirkan lebih ramai 'professor of practice' atau profesor praktis. Ketua Pegawai Eksekutif...

Lagi Artikel Berkaitan