29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

KKM zahir penghargaan ‘panglima perang’ Covid-19

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

MENTERI Kesihatan Dr Zaliha Mustafa merakamkan penghargaan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di atas khidmat bakti dan sumbangannya sepanjang 35 tahun berkhidmat di Kementerian Kesihatan (KKM).

Dr Zaliha berkata, dalam tempoh itu, Dr Noor Hisham mencatatkan banyak penglibatan dan pencapaian di dalam negara hingga ke peringkat global, yang dimanfaatkan sepenuhnya dalam membina perkhidmatan kesihatan rakyat Malaysia agar setanding negara luar.

“Meraikan majlis persaraan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan. Majlis ini merupakan tanda penghargaan dan penghormatan di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh Tan Sri Dr Noor Hisham sepanjang perkhidmatan beliau di KKM.

“Saya percaya khidmat Tan Sri tidak terhenti di sini bahkan khidmatnya masih diperlukan untuk pembangunan perubatan dan kesihatan negara.

“Saya mewakili pihak KKM ingin mengucapkan selamat bersara dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Tan Sri Dr Noor Hisham di atas jasa, khidmat bakti dan sumbangan beliau sepanjang perkhidmatan di kementerian ini,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Rabu.

Dr Noor Hisham menjawat sebagai Ketua Pengarah sejak 2013 dan sepanjang tempoh lebih tiga dekad dalam perkhidmatan cemerlangnya, beliau antara individu penting ketika negara berdepan krisis kesihatan pada pandemik COVID-19.

Dr Noor Hisham yang dianggap ‘panglima perang’ ketika negara berdepan pandemik Covid-19 akan bersara wajib pada Jumaat ini selepas lebih tiga dekad berkhidmat.

Beliau merupakan antara individu penting yang menyampaikan perkembangan terkini dan usaha kerajaan dalam memerangi penularan Covid-19 di negara ini.

Untuk rekod, Dr Noor Hisham juga pernah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah 1442H/2020M. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan