28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Kes Covid-19 naik musim Aidilfitri

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

KES positif Covid-19 dilaporkan meningkat sebanyak 4,963 kes Covid-19 pada Minggu Epidemiologi ke-17 (ME 17/2023) iaitu bermula dari 23 sehingga 29 April lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, ia peningkatan tiga peratus berbanding 4,817 kes dilaporkan pada ME 16/2023 (16 hingga 22 April 2023).

“Seperti diperhatikan dalam pelaporan data Covid-19 semasa musim perayaan beberapa tahun kebelakangan ini, sememangnya akan terdapat sedikit peningkatan kes.

“Data dari Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) KKM juga menunjukkan jumlah kemasukan pesakit Covid-19 (termasuk pesakit yang disyaki) ke fasiliti kesinatan awam meningkat dari 4.8 bagi setiap 100,000 populasi kepada 5.8 pada ME 17/2023 berbanding ME 16/2023,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Muhammad Radzi berkata, jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam bagi kategori 1 dan 2 turut meningkat daripada 1.4 kepada 1.8 per 100,000 populasi.

Katanya, bagi Pesakit kategori 3, 4, dan 5 pula meningkat daripada 1.3 kepada 2.0 per 100,000 populasi.

“Sementara itu, peratus pengisian katil Unit Rawatan Rapi (ICU) Covid-19 pada 4 Mei ialah 15 peratus dan pengisian katil bukan kritikal Covid-19 ialah 23 peratu.

“Keadaan jangkitan Covid-19 di Malaysia masih terkawal dan perkhidmatan kesihatan serta kapasiti di hospital tidak terjejas.

“Majoriti pesakit yang dimasukkan ke hospital adalah golongan berisiko tinggi seperti individu dengan komorbid dan warga emas,” jelasnya.

Tambahnya, peningkatan kes ini  tidak membebankan perkhidmatan kesihatan dan hospital masih beroperasi seperti biasa. – Edisi 9

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan