Sunday, July 19, 2026

Konflik Asia Barat: Sultan Selangor ingatkan rakyat agar bersedia

Baginda turut mahu umat Islam perlu terus memperkukuhkan lagi kesatuan dan perpaduan, serta mengelakkan sebarang pertelingkahan dan perbalahan sesama sendiri. 

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Berkecimpung lebih 30 tahun dalam dunia kewartawanan bersama media arus perdana. Keutamaan dalam penulisan berkaitan politik, sukan dan teknologi maklumat.

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mengingatkan rakyat jelata agar bersedia menghadapi apa sahaja kemungkinan ekoran perkembangan semasa di peringkat global terutama konflik di Asia Barat.

Baginda bertitah agar rakyat sentiasa berhati-hati dalam berbelanja terutama sepanjang musim perayaan Aidilfitri.

“Beta mengambil maklum tentang perkembangan semasa di peringkat global khususnya konflik dan peperangan yang berlaku di Amerika Syarikat, Eropah dan Asia Barat yang memberi kesan besar kepada umat Islam di seluruh dunia. 

“Justeru, ke arah mendepani sebarang ketidaktentuan khususnya impak kepada ekonomi, Beta menyeru agar setiap rakyat bersedia dengan apa jua kemungkinan termasuk berhati-hati dalam berbelanja, bak kata pepatah, “sediakan payung sebelum hujan”,” titah baginda dalam Perutusan Hari Raya Aidilfitri hari ini.

Sebelum itu, Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin memanjatkan rasa syukur kerana dapat kita menyambut Hari Raya Aidilfitri 1447 Hijrah dalam suasana yang aman dan sentosa di Negeri Selangor ini.

Dalam pada itu, baginda turut mahu umat Islam perlu terus memperkukuhkan lagi kesatuan dan perpaduan, serta mengelakkan sebarang pertelingkahan dan perbalahan sesama sendiri. 

“Jadikan apa yang berlaku di luar sana sebagai pedoman dan pengajaran,” titah baginda.

Baginda berharap seluruh rakyat daripada peringkat pemimpin, ahli politik sehinggalah kepada rakyat biasa, memberi tumpuan kepada usaha membangunkan negeri dan memakmurkan negara.

“Semoga sambutan Aidilfitri ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat,” titah baginda. — Edisi 9

Terkini

Layan ‘final’ Piala Dunia dan Semarak Subuh bersama TPM

PASUKAN mana pilihan anda dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2026, awal pagi ini? Sepanyol atau Argentina? Para peminat bola sepak,...

Lagi Artikel Berkaitan