24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Proklamasi Orang Melayu sandiwara PAS, Tun M – Puad

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi mendakwa program Proklamasi Orang Melayu yang dicetuskan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hanyalah gimik politik.

Puad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit berkata, sebelum inu track sama ada PAS atau Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai “track record” yang mencetuskan idea program tersebut maka kedua-duanya tidak boleh dipercayai.

“PAS pernah memeterai Proklamasi Muafakat Nasional bersama UMNO. Air mata membasahi Dewan Merdeka. Tetapi selepas itu PAS khianati UMNO kerana menyertai Perikatan Nasional.

“Setahu kita Bersatu tolak kerjasama dengan Tun M. Maka sokongan beberapa pemimpin Bersatu secara individu tidak menampakkan kesepakatan,” katanya melalui hantaran di Facebbok.

Oleh itu, Mohd Puad mengingatkan PAS dan Dr Mahathir agar cukuplah sandiwara politik itu.

Advertisements

“Persoalannya apakah PAS buta? Sepatutnya PAS tidak lupa Tun M menyokong ratifikasi ICERD dan Statut Rom. UMNO dan PAS terpaksa bergabung menghalangnya

“Cukuplah sandiwara politik itu. Apatah lagi Tun M tidak memimpin mana mana parti politik. Proklamasi itu hanya provokasi untuk ganggu kelancaran Kerajaan Perpaduan,” ujarnya.

Sebelum ini, tular beberapa gambar menunjukkan pemimpin PAS termasuk presiden parti itu Tan Sri Abdul Hadi Awang mendatangani ‘Proklamasi Orang Melayu’ di kediaman bekas Perdana Menteri itu.

Turut kelihatan bagi menyatakan sokongan adalah Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan selain Penolong Setiausaha Agung Pas Pusat, Mohd Syahir Che Sulaiman. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan