32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Tiga unit kedai di Kuantan musnah terbakar

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

TIGA unit kedai musnah selepas berlaku kebakaran di Lorong Tanjung Api 12, dekat Kampung Tanjung Api di Kuantan malam tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Bomba Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan bersama lima pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi sebaik laporan diterima.

“Pusat gerakan operasi Bomba Pahang menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 7.23 malam.

“Berikutan keadaan api marak dengan cepat, pasukan pertama yang melakukan kerja pemadaman kebakaran terpaksa meminta bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota dan Gebeng.

“Secara keseluruhannya 28 pegawai dan anggota terbabit dalam operasi memadam dan mengawal kebakaran itu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Advertisements

Pihak bomba turut mendapat bantuan lima lagi jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota dan Gebeng.

Tambah Zulfadli, semua unit kedai dua tingkat itu musnah 100 peratus, namun tidak ada mangsa yang terbabit dalam kejadian itu.

Pihak bomba juga menggunakan jentera Aerial Ladder Platform dan teknik ‘water tower’ bagi memadamkan dan mengawal kebakaran daripada merebak ke bangunan berhampiran.

Difahamkan, Pengarah Bomba Pahang, Datuk Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa turut berada di lokasi kejadian bagi memantau operasi itu.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak bomba. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan