26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

KSM gesa majikan beri satu hari cuti tambahan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

Kementerian Sumber Manusia (KSM) menggesa majikan sektor swasta di negara ini memberikan satu hari kelepasan am tambahan kepada pekerja.

KSM menerusi kenyataan berkata, hari kelepasan am tambahan itu juga merupakan hari kelepasan am bergaji yang diperuntukkan kepada semua pekerja di sektor swasta menurut perenggan 60D(1)(b) Akta Kerja 1955 [Akta 265].

“Walau bagaimanapun, mengikut proviso kedua Seksyen 60D(1A) Akta 265, majikan juga boleh menggantikan mana-mana hari lain sebagai ganti kepada hari kelepasan am tambahan berkenaan,” katanya hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengisytiharkan satu hari kelepasan am tambahan sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri 2023 bagi Semenanjung Malaysia dan Labuan.

Katanya, sekiranya tarikh 1 Syawal jatuh pada Jumaat, 21 April 2023, maka Kerajaan menetapkan Isnin, 24 April 2023 sebagai hari kelepasan am tambahan.

“Sekiranya tarikh 1 Syawal jatuh pada Sabtu, 22 April 2023, maka Kerajaan menetapkan hari Jumaat, 21 April 2023 sebagai hari kelepasan am tambahan,” katanya.

Hari kelepasan am tambahan ini telah distiharkan di bawah Seksyen 8, Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369]. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan