26.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, March 25, 2023

Penduduk Malaysia semakin lambat berkahwin, kurang bercerai

Umur purata perkahwinan perempuan Malaysia meningkat daripada 27.5 tahun pada 2016 kepada 28.1 tahun pada 2020

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENDUDUK di negara ini kini didapati semakin lambat berkahwin iaitu pada usia lewat 20-an berbanding awal usia 20-an pada tahun 1980-an lalu, lapor Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, berdasarkan penemuan Banci Penduduk pada 1960, 2000 dan 2010, usia purata perkahwinan perempuan meningkat daripada 19.4 kepada 25.1 tahun dan kemudian meningkat kepada 25.6 tahun pada 2010.

Menurutnya, umur purata perkahwinan perempuan menunjukkan peningkatan daripada 27.5 tahun (2016) kepada 28.1 pada tahun 2020.

“Menurut Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN, 2018), penangguhan perkahwinan secara langsung akan memendekkan tempoh reproduktif dan menyebabkan kadar kesuburan semakin menurun.

“Senario semasa menunjukkan bahawa kecenderungan perkahwinan lewat adalah dalam kalangan mereka yang berpendidikan tinggi dan penduduk yang bekerja,” katanya menerusi kenyataan mengenai Perangkaan Perkahwinan dan Penceraian 2021 yang dikeluarkan hari ini.

Baca juga:   Muafakat Nasional tak terbabit gerakan politik

Mohd. Uzir berkata, mereka yang berkahwin lewat ini dilihat berusaha mengukuhkan kedudukan kewangan terutama bagi mereka yang menetap di kawasan bandar sebelum berkahwin.

Sementara itu, bagi senario kes cerai pula, terdapat trend penurunan tahun lalu iaitu menurun 19.2 peratus kepada 45,754 berbanding 56,624 pada tahun sebelumnya.

Menurutnya, penurunan penceraian berkenaan disumbangkan oleh penurunan sebanyak 16.8 peratus bagi orang Islam dan 29 peratus penurunan bagi orang bukan Islam.

Baca juga:   445 pelajar berhenti sekolah atas alasan ingin berkahwin

“Tiga negeri yang merekodkan penurunan penceraian orang Islam tertinggi iaitu di Sabah sebanyak 38.9 peratus diikuti Putrajaya (31.3 peratus) dan Kuala Lumpur (24.5 peratus).

“Bagi orang bukan Islam pula, negeri tertinggi mencatatkan penurunan perceraian ialah Labuan (71.4 peratus), Kedah (42.6 peratus) dan Melaka (42.4 peratus).

Menurut beliau, penceraian tertinggi adalah pada kumpulan usia 30 hingga 34 tahun bagi kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Lukaku ledak Hatrik benam Sweden 3-0

BELGIUM memulakan kempen kelayakan Euro 2024 dengan bergaya menewaskan Sweden 3-0 menerusi jaringan hatrik Romelu Lukaku dalam perlawanan pagi...

Lagi Artikel Berkaitan