32.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 25, 2022

Individu dakwa adik dibuli belum tampil – Hishammuddin

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

INDIVIDU yang mendakwa adiknya dibuli di sebuah kem tentera belum tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan berhubung perkara itu.

Memetik laporan Metro Online, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, masyarakat diminta tidak membuat sebarang andaian atau spekulasi di luar terutama di media sosial.

“Tuan punya badan dari posting (hantaran) awal tak tampil. Tapi ada perkara lain dibangkitkan netizen di luar sana dan saya minta Timbalan Menteri, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz buat siasatan secara peribadi sendiri.

“Dalam hal ini apa yang dipanjangkan kepada kita akan disiasat,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2022 dan Pameran Perkhidmatan Keselamatan Asia (NATSEC) 2022 di Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Pengerusi DSA Exhibition and Conferance Sdn Bhd, Tan Sri Asmat Kamaludin.

Baca juga:   Lebih 67,000 remaja OKU bakal terima suntikan vaksin

Menurutnya, orang ramai juga diminta untuk tidak terikut apa yang dibaca di luar.

“Seseorang itu adalah tidak bersalah sehingga dirinya dibuktikan bersalah oleh pihak mahkamah,” katanya.

Mengulas berhubung penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2021 (LIMA’21), beliau berkata, perkara itu masih belum diputuskan lagi.

-EDISI9

Terkini

Hapus kuasa veto: Netizen puji kenyataan berani PM

KENYATAAN berani Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri ketika berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke -77...

Lagi Artikel Berkaitan