28.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

7 PPS masih aktif di Terengganu, tempatkan 140 mangsa banjir

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HANYA tujuh PPS yang masih aktif di Terengganu bagi menempatkan 54 keluarga membabitkan 140 mangsa.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, PPS berkenaan adalah Masjid Kampung Chalok Kedai, Masjid Kampung Gong Terap, SK Kampung Besut dan Balairaya Kampung Bukit Mak Som di Setiu.

“Di Kuala Nerus, masih kekal dua PPS yang diaktifkan iaitu SK Mengabang Telipot dan Surau Mak Jintan yang menempatkan mangsa seramai di 30 orang daripada enam keluarga dan SK Kampung Baharu di Besut (10 mangsa, empat keluarga),” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sementara itu, katanya, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di negeri ini menurun daripada 182 orang kepada 140 orang sehingga jam 8 pagi ini.

“Penurunan angka itu berikutan penutupan PPS Masjid Kampung Merbau Menyusut di Setiu, yang menempatkan seramai 42 mangsa membabitkan lapan keluarga.

“PPS berkenaan yang dibuka 12.30 tengah hari kelmarin ditutup jam 10.50 malam tadi berikutan keadaan cuaca yang semakin baik,” katanya.

Katanya, semua mangsa banjir di PPS SK Merbau Menyusut juga dibenarkan pulang secara berperingkat selepas banjir di kawasan kediaman mereka surut.-Edisi 9

Terkini

Stoking kalimah Allah: KK Mart akan dipanggil bantu siasatan

POLIS akan memanggil pihak KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dan beberapa individu lain bagi membantu...

Lagi Artikel Berkaitan