28.7 C
Kuala Lumpur
Friday, December 13, 2024

Mangsa banjir Kemaman tagih bantuan dijanjikan

Kasihan tengok anak-anak dan isteri, lebih-lebih lagi dekat dah nak sambut hari raya.

Mesti Baca

MANGSA banjir di Kemaman, Terengganu yang melanda daerah itu akhir tahun lalu menagih bantuan yang dijanjikan oleh kerajaan negeri yang sehingga kini didakwa tidak kunjung tiba.

Seorang mangsa dikenali Sam Samieyza menerusi Facebook mendakwa, dia bukan sahaja tidak menerima bantuan yang dijanjikan, malah lebih hairan apabila nama dan nombor rumahnya didapati ‘hilang’ daripada senarai penerima.

Lebih mendukacitakan, katanya, dia ditendang ‘bagai bola’ apabila diarah untuk merujuk tuntutannya ke sana dan ke sini dengan masing-masing bagai melepaskan tangan.

“Tertunggu-tunggu dengan penuh sabar untuk bantuan mangsa banjir yang dijanjikan kerana kita ni salah satu mangsa.

“Alih-alih bila masa nak bagi baucer tengok nama dalam senarai dah hilang, bila minta nak tengok rekod semuanya ada tertera!,” katanya menerusi hantaran dalam kumpulan Facebook Bandar Chukai Kemaman (Original), hari ini.

Tangkap layar keluhan seorang warganet mendakwa sebagai mangsa banjir di Kemaman.

Dia berkata, ketika pembahagian bantuan peringkat pertama untuk mangsa yang dipindahkan PPS, juga tidak menerimanya walaupun dia juga terpaksa berpindah setiap kali banjir.

“Kasihan tengok anak-anak dan isteri, lebih-lebih lagi dekat dah nak sambut hari raya. Tak pelah (apalah) selagi aboh (abah) mu ni ada, akan ku cari rezeki itu walau ke lubang cacing.

“Cuma rasa terkilan dalam hati dengan kelemahan dari (daripada) pihak-pihak yang bertanggungjwp dalam sesi pembahagian bantuan mangsa banjir di Kemaman ni khususnya di bahagian Teluk Kalong.

“Nak nasihat kalo (kalau) tak wak (buat) keje (kerja) dengan baik, bagi kepada mereka yang boleh,” katanya dalam nada kecewa.

Pada 21 Disember tahun lalu, Perdana Menteri mengumumkan bantuan segera banjir masing-masing sebanyak RM50 juta kepada Terengganu dan Kelantan yang terjejas teruk bagi meringankan beban mangsa.

Sehubungan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar pada 26 Disember berkata, Bantuan Khas Tunai RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang terjejas akibat banjir di negeri itu dijangka mula diagihkan pada Januari hingga Februari 2023.

Advertisements

Beliau berkata, proses tersebut akan mengambil sedikit masa kerana pihaknya perlu meneliti serta mendapatkan senarai mangsa daripada jabatan serta agensi yang bertanggungjawab menyelaraskan urusan berkenaan.

AHMAD SAMSURI MOKHTAR – Sumber: HarakahDaily

Katanya, 10,000 KIR dijangka akan menerima bantuan itu bagi meringankan beban selepas mengalami kerugian harta benda akibat banjir teruk bermula 18 Disember lepas.

Seorang lagi mangsa, Yusnabilah Yusof turut mendakwa tidak menerima bantuan khas tersebut sehingga kini.

“Saya pun kena yang sama, ibu tunggal… harap duit tu boleh wat (buat) raya.”

Ruhil Amani Shaharudin pula mendakwa pernah bertanya tentang bantuan tersebut bagi fasa kedua kepada pihak berkenaan namun jawapan yang diterima menghampakan.

“Bila tanya ada dok (tak) fasa 2, JKKK kita sedap lagi jawab, ‘bawah JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) dan NADMA.’

“Gitu (begitu) je (saja) dia jawab. Penatlah gining (begini). Rumah naik air, bantuan dok napok-napok (tak nampak-nampak),” katanya.

Atyra Shaari pula berkata, mangsa-mangsa banjir di Bukit Mentok pun tidak menerima sebarang khabar mengenai bantuan tersebut.

“Kampung Jaya, Bukit Mentok ni senyap tupah eh. Bocer-bocer mende adok kabo pon… au lah kitenye. Malas mikirlah. Huhuhu xdapat pun sudoh la. Letih ase.”

(Kampung Jaya, Bukit Mentok ini senyap sunyi. Baucer-baucer apa pun tak ada khabar… Tak taulah kami. Malas fikirlah. Huhuhu tak dapat pun sudahlah. Letih rasa.)

Sehubungan itu, mereka berharap isu tersebut mendapat perhatian Menteri Besar memandangkan Aidilfitri akan tiba tidak lama lagi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

YKM belanja RM5 juta bantu anak yatim akibat COVID-19

YAYASAN Keluarga Malaysia (YKM) telah membelanjakan sebanyak RM5 juta pada tahun ini bagi membantu meringankan beban dihadapi anak-anak yatim...

Lagi Artikel Berkaitan