26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Tarikh bayaran BKKA 2023 diawalkan 14 April

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN bersetuju mengawalkan pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2023 kepada pegawai perkhidmatan awam dan pesara kerajaan pada 14 April (Jumaat) ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr. Zulkapli Mohamed dalam satu surat edaran berkata, perubahan tarikh itu dibuat setelah mengambil kira keprihatinan dalam membantu meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan selain sebagai persediaan menyambut Aidilfitri.

“Kerajaan telah bersetuju untuk membuat perubahan ke atas tarikh pembayaran BKKA Tahun 2023 kepada pegawai perkhidmatan awam dan pesara kerajaan daripada 17 April 2023 kepada 14 April 2023.

“Tertakluk kepada penerimaan pakai oleh pihak berkuasa masing-masing, arahan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan,” katanya, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, pemberian BKKA sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak serta RM350 buat pesara kerajaan.

Advertisements

Menurut Anwar, bantuan tersebut bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka dalam menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia.

Semalam, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan supaya tarikh pembayaran gaji kepada penjawat awam diawalkan kepada 14 April ini.

Presidennya Datuk Adnan Mat berkata, ia bagi membolehkan penjawat awam membeli barangan untuk persediaan Aidilfitri yang dijangka disambut pada 22 April ini.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan