23.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 19, 2025

Pengamal perubatan tradisional didakwa perdaya warga emas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG pengamal perubatan tradisional didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang warga emas dengan memberikan perkhidmatan spiritual keagamaan sehingga mangsa membuat pembayaran lebih RM460,000.

P. Wicknesvaran, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman.

Wicknesvaran didakwa memperdayakan G Kanniason, 60, untuk mempercayai bahawa tertuduh boleh memberikan perkhidmatan spiritual keagamaan sehingga mangsa membuat pembayaran berjumlah RM467,935 bagi mendapatkan perkhidmatan tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bank di Jalan Yap Kwan Seng, Menara Ampang di Kuala Lumpur pada 21 Julai hingga 29 Disember 2022, mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 417 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Advertisements

Timbalan Pendakwa Raya Hanis Anisha Jamilludin menawarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin, namun peguam Shamsher Singh Thind yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya memberi kerjasama baik kepada polis.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Sebutan kes ditetapkan pada 10 Mei ini depan- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Terbuka India: Izzuddin-Sze Fei wakil tunggal Malaysia ke ‘final’

AKHIRNYA kem badminton negara boleh melakar senyuman di Kompleks Sukan Indra Gandhi, New Delhi apabila Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze...

Lagi Artikel Berkaitan