28.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Cools tetap akan jadi pemain JDT – TMJ

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan pemain Buriram United yang juga kapten Harimau Malaya, Dion Cools akan menyertai skuad juara Liga Super pada masa depan.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu berkata, ketika ini gaji yang dibayar kelab gergasi Thailand itu terlalu tinggi dan sukar disaingi pasukannya.

Bagaimanapun, Tunku Ismail yakin Cools akan memilih JDT jika mengambil keputusan untuk beraksi di Liga Malaysia.

“Saya rasa Cools gaji dia terlampau mahal buat kami. Buriram bayar gaji yang begitu mahal tetapi saya juga tahu apabila dia ingin main di Malaysia, saya pun tak rasa dia hendak main dengan pasukan lain. Kami ada perhubungan yang baik.

“Dia tahu projek JDT begitu jelas, dengan infrastruktur kita dan juga kami punya agenda setiap tahun. Jadi, satu hari nanti sudah pasti Cools tetap akan jadi pemain JDT,” katanya dalam program bual bicara Nindia, malam tadi.

Advertisements

Mengulas mengenai prestasi JDT dalam kejohanan Liga Juara Juara Asia (ACL), TMJ berkata, kelabnya sering diundi bersama jaguh-jaguh Asia yang mempunyai modal yang lebih besar setiap tahun.

Bagaimanapun kata Tunku Ismail, beliau optimis JDT mampu melakar lebih banyak kejutan dalam kejohanan tertinggi bola sepak rantau Asia tersebut.

“Saya harap suatu hari kalau kita ke perlawana akhir atau separuh akhir. Itulah angan-angan saya.

“Tetapi anda juga kena tengok pasukan-pasukan dari Arab Saudi hari ini dengan pemain berkualiti dari bajet berbilion. Juga di Jepun dengan program akar umbi yang sangat bagus,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan